Siapa yang tak nak bentuk badan yang langsing dan menarik? Mesti semua nak. Macam-macam cara dah buat untuk turunkan berat badan, tapi beri kesan langsung. Sampai tak makan pun ada.

Perkongsian wanita ini boleh dijadikan sebagai inspirasi buat mereka yang mahu menurunkan berat badan. Dari berat 92 kg kini 68 kg. Anis Salwani Aziz berjaya turunkan berat badan sebanyak 24 kg.

BACA: Tanpa Senaman, Dalam 3 Bulan Berjaya Turun 27 Kg

Niatnya untuk kuruskan badan mula timbul apabila masalah berat badannya itu menyebabkan tumitnya sakit dan sukar untuk solat.

Tidak mahu berdepan dengan situasi tersebut, Anis mengambil keputusan nekad untuk berdiet. Untuk penurunan 10 kg pertama, Anis kongsikan 12 tips yang dilakukan olehnya untuk mencapai berat badan ideal.

Tip turun berat cara sihat

Assalamualaikum ramai yang pm mek tanya makan apa? Ni mek share untuk yang mana nak turun berat badan cara sihat. Mek share ni untuk kebaikan bersama, untuk sihat sama-sama.

Ini menu mek untuk kurangkan berat badan 10kg pertama. Untuk KG seterusnya menu lain pulak. Ikut menu ni dulu.

1. NO air manis

2. NO air ais

3. Minum 3liter air sehari, at least.

4. NO makanan bergoreng

5. Minum teh hijau kosong tanpa gula ketik sarapan dan sebelum tidur

6. BREAKFAST 6.30am-8.30am wAjib

Conflakes kosong TAK BOLEH, Cococrunch, Honeystar ke TAK BOLEH..(cuba Kellogs Conflakes,sedap) + low fat milk (jenama Farm Fresh bagus tapi expired cepat ,so ambil Dutch Lady low fat milk pun ok)
ATAU
Telur 2 biji, tak kisah masak ke separuh masak ke ATAU overnight oat (rendam oat dalam susu low fat semalaman, nak makan baru tabur buah)

7. SNACKING-10.00am-11am

Buah epal hijau, pisang atau apa saja buah buahan. Yogurt pun bagus. Yogurt ambil yg natural low fat (lagi baik greek yogurt)snacking bagus untuk mengelak kita makan banyak masa makan tengahari dan makan malam.

8.LUNCH 12.30PM-2.00PM Wajib

Nasi segenggam (seeloknya beras coklat) + ikan bakar/ayam bakar/telur+ sayur banyak lagi bagus..NASI TAK BOLEH ADA KUAH. Kalau tak boleh makan nasi kosong, letak la 2 sudu kuah JANGAN LEBIH. Kalau makan tengahari tak nak nasi, boleh tukar ke roti. TAPI BUKAN ROTI PUTIH. Ambil roti Gardenia Canadian Purple Wheat (plastik color purple) @ wholemeal Gardenia (plastik hijau). Tapi paling bagus purple tu sebab GI rendah. GI adalah kandungan karbo.

9. DINNER 6.00PM -8.00pm

Epal hijau & sup ayam/sayur

10. Workout sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Apapun pemakanan tu penting. Workout saja makan tak jaga memang berat tak akan turun tapi jaga pemakanan tak workout berat mesti turun (lambat) workout dan jaga pemakanan mesti turun (cepat)

11. Tidur kena cukup

12. Tak boleh stres-stres

Nota: Untuk permulaan kalau tak boleh ikut yang di atas, cuba perlahan-lahan kurangkan portion makanan. Contoh sarapan makan nasi lemak dua bungkus, kurangkan jadi 1 bungkus.

Macam tu juga dengan makan tengahari, selalu nasi tambah, ambil nasi biasa. Kemudian kurangkan ke separuh dan akhirnya baru kurangkan ke segenggam atau suku.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?