Dari Stereng Lock, Boleh Jadi Promosi Domino’s Pizza
Baru-baru ini, memang viral habis kisah seorang wanita yang mengamuk apabila tindakannya meletakkan kenderaan di parking Orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat perhatian seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang kemudiannya mengunci tayar kereta miliknya.
BACA: Wanita Serang Anggota MPSJ Beri Kerjasama
Isu tengah panas dan orang pun tengah bercakap, seperti kebiasaan, Domino’s Pizza Malaysia dengan pantas menggunakan isu semasa demi mempromosikan tawaran hebat mereka ketika ini. Pandai dia.
Perkara itu dalam masa yang sama turut mencuit hati sebilangan warga laman sosial. Sebelum ini, jika anda masih ingat peristiwa burung unta yang terlepas di Lebuhraya Persekutuan turut dijadikan bahan pemasaran oleh mereka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram