Sehingga kini tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih belum terjawab. Namun demam PRU sudah pun terasa dan ada pihak yang mengeluarkan tudung bawal berlogokan parti politik.

Jenama tudung Chenta Watie Scarf mengambil langkah berani dengan memperkenalkan tudung tersebut dan ternyata mendapat sambutan menggalakkan selepas viral di media sosial.

BACA: Kerana Telur Penyu, Menteri Saman Akhbar RM10 Juta

Chenta Watie Scarf memperkenalkan pelbagai tudung pilihan yang direka khas mewakili parti politik utama di Malaysia iaitu merah untuk UMNO, merah jambu untuk Puteri UMNO, oren untuk PH, hijau untuk PAS, biru muda untuk PKR, biru tua untuk Barisan Nasional, merah untuk Pakatan Harapan.

Bawal Satin Limited Edition Election Series by Chenta Watie Scarf itu dijual dengan harga RM59 sahaja.

Dalam tempoh kurang 24 jam video untuk mempromosikan tudung tersebut di muat naik di Facebook, posting tersebut mendapat lebih 5,000 tontonan dan lebih 1,500 perkongsina.

Boleh dikatakan teknik pemasaran yang dilakukan oleh pengasas tudung tersebut sememagnya bijak dan menepati musim.

Boleh la mula menempah tudung parti politik pilihan anda. Nanti boleh bergaya sakan di hari mengundi nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT