Demi Kuih Raya, Fluffy ‘Beraya’ Di Kampung
Jika sebelum ini kucing yang mesra dipanggil Fluffy tular di laman sosial kerana dia suka ‘mengambil angin’ sambil duduk di atas bahu tuannya yang menaiki motosikal, kini Fluffy menjadi perhatian lagi sekali ketika mengikuti tuannya balik ke kampung halaman untuk beraya.
BACA: 500 Kucing Nyaris Jadi Santapan Manusia
Pemilik kucing baka Parsi yang berusia 2 tahun 2 bulan, Afiq Shazwan On, 27 tahun, memberitahu bahawa dia hanya menaiki motosikal untuk pulang ke kampung di Ipoh, Perak bersama kucing kesayangannya itu.
“Alhamdulillah kami dah selamat sampai kampung halaman. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih, cuaca ‘cantik’ dan Fluffy pun gembira. Mungkin saya akan bawa Fluffy beraya di Kedah pada raya kedua nanti,” ujarnya kepada mStar.
Ramai yang menanti kehadiran Fluffy setibanya mereka di kampung. Malah, Fluffy juga sempat bersiar-siar keliling kampung bersama Afiq sambil menaiki motosikal.
Selain itu, Fluffy juga gemar memakan biskut raya lebih-lebih lagi biskut Makmur apabila tibanya hari raya. “Kuih makmur manis, ‘dia’ makan,” tambah Afiq lagi.
Fluffy mula mendapat perhatian apabila orang ramai ternampak dia sentiasa duduk di bahu Afiq ketika dia menaiki motosikal. Fluffy juga dikatakan tidak suka jika diletakkan dalam bakul atau beg sebaliknya dia suka bertenggek di atas bahu tuannya sambil melihat pemandangan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tertinggal Baju Raya?
- SUMBER
- MSTAR