Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalur Gemilang
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan, pemilik premis atau peniaga di Kuantan akan dikenakan denda sebanyak RM250 jika gagal mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang pada 1 Ogos sehingga 16 September depan.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Izad Zainal Muhammad Safian berkata arahan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang telah termaktub dalam terma lesen MPK.
BACA: Sambutan Hari Merdeka Imbau Detik 1957
Katanya lagi, notis pekeliling tersebut sudah dikeluarkan oleh pihak mereka sejak bulan Julai yang lalu.
“Oleh itu, kami menasihati pemilik premis perniagaan untuk mengibarkan bendera dan perlu memastikan bendera tersebut dalam kedaan baik, tidak koyak atau pudar.
“Kami berharap arahan tersebut diterima oleh peniaga untuk menghidupkan sambutan Hari Kebangsaan ke-61,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, langkah itu juga adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!
- SUMBER
- Nst