Sebut saja restoran laksa terkenal Ah Cheng Laksa, pasti ramai tahu dan memang ramai yang gemarkan laksa mereka yang sememangnya lazat.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular mengenai dakwaan restoran francais laksa terkenal di Selangor dan Kuala Lumpur mencampurkan darah khinzir di dalam hidangan mereka.

BACA: Burger King Singapura Perkenal Burger Perisa Rendang & Laksa!

Ia sekaligus menimbulkan kegusaran dikalangan pelanggan beragama Islam. Berikutan penularan perkara itu, Bahagian Hab Halal JAKIM tampil memberi penjelasan berkenaan status halal restoran tersebut.

Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng LaksaMedia sosial halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan…

โพสต์โดย Bahagian Hab Halal, JAKIM เมื่อ วันอังคารที่ 29 ตุลาคม 2019

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)