Sebut saja bubble tea, siapa yang tidak gemarkan rasanya. Boleh dikatakan bubble tea menjadi kegilaan ramai sehingga mencetuskan fenomena di Malaysia. Bahkan, ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Meskipun ramai tahu minuman bubble tea sangat tinggi kandungan gula, namun ramai yang seperti tidak peduli dek kerana ketagih dengan minuman tersebut.

BACA: Bubble Tea ‘Sihat’ Akan Diperkenal Di Malaysia Tahun Depan

Seperti diketahui, satu cawan bubble tea mengandungi 20 sudu teh gula bersamaan 400 hingga 600 kalori. Pengambilan gula berlebihan berisiko tinggi terdedah penyanyi obesiti, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Untuk pengetahuan anda, World Health Organisation (WHO) mengesyorkan pengambilan gula setiap hari untuk lelaki adalah sembilan sudu, dan untuk wanita hanya enam sudu teh.

Melihat fenomena bubble tea yang cukup membimbangkan, seorang dietitian iaitu Lai dari Seremban ini mengesyorkan hanya dua cawan bubble tea sahaja yang boleh diambil dalam sebulan.

Memetik laporan Sin Chew Daily, seorang pengamal Perubatan Tradisional Cina juga turut meluahkan rasa bimbang terhadap minuman tersebut. Beliau menjelaskan bahawa boba sukar untuk dicerna, dan dalam secawan minuman bubble tea juga mengandungi sejumlah boba yang banyak.

Ujarnya lagi, kebanyakan minuman bubble tea dihidangkan bersama ais dan ia boleh menyebabkan masalah gastrointestinal jika kita mempunyai terlalu banyak.

Apa pun tiada salahnya untuk minum bubble tea kegemaran anda, tetapi beringat-ingatlah jangan sampai seminggu bantai 5 cawan terus.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang