Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’
Hanya kerana memuatnaik gambar sejenis minyak masakan, wanita ini dikecam oleh seorang lelaki di laman sosial Snapchat. Dia dituduh berdosa kerana menggunakan ayat virgin iaitu ‘dara’ sedangkan dia hanya berkongsi gambar minyak zaitun atau virgin oil.
BACA: Status Facebook Dikecam Teruk, Kuih Semperit Jadi Pengubat Duka
Kemudian, wanita berkenaan memuatnaik perbualannya bersama lelaki tersebut di laman sosial Twitter kerana dia terkejut dengan pendapat lelaki itu.
“Kamu tidak boleh menghantar gambar seperti itu kerana ia mengandungi kata-kata seperti ‘dara’ dan ia membuatkan seorang lelaki berfikir tentang tindakan-tindakan yang mungkin kamu telah atau tidak buat,” nasihat lelaki tak dikenali itu.
Malah, dia juga meminta wanita itu tidak mengulangi ‘dosa’ yang sama. Mungkin perkataan ‘dara’ terlalu sensitif baginya hinggakan nama minyak pun dipertikaikan.
Berikutan itu, warga laman sosial Twitter memberi respon yang sama seperti wanita itu kerana mereka terkejut dengan tanggapan lelaki tersebut.
Tak salah untuk menegur, tapi jangan salah tegur hingga memalukan diri sendiri. Ada baiknya bertanya dahulu sebelum menegur, kan?
ARTIKEL BERKAITAN:
ni Sebab Pokok Pelangi Di Terengganu Dikecam
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!
- SUMBER
- MSTAR