Dipenjara 4 Bulan Kerana Gigit Isteri Tak Sedia Juadah Berbuka
Sepatutnya sebagai ketua keluarga, suami seharusnya menjadi pelindung isteri dan anak-anak. Namun lain pula kisah dengan seorang lelaki ini yang sanggup bertindak ganas dan mencederakan isteri hanya kerana masalah kecil.
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya hanya kerana tidak menyediakan makanan bagi berbuka puasa
BACA: Halau Isteri Keluar Rumah Kerana Game
Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrin Mohd Mokhtar, 28, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Sebaik hukuman dijatuhkan, ibu Mohd Shahrin yang duduk di galeri awam menangis teresak-esak.
Mengikut pertuduhan, bapa anak satu itu didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, Safizamira Sebri, 24, dengan cara menggigit, memukul serta menampar wanita itu sehingga luka di bahagian tangan, muka dan perut.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian itu, isteri tertuduh berada di rumah kawannya sebelum lelaki itu mengamuk dan memanggilnya pulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
Apabila sampai di rumah mereka, kedua-duanya namun berlaku perselisihan faham yang menyebabkan tertuduh bertindak melambung, menggigit perut dan menampar wanita itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Oh Bulan