Nutella merupakan sapuan roti coklat digemari ramai terutama kaum wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia.

Seorang lelaki ditangkap kerana mencuri Nutella sebanyak empat botol bernilai RM111.96 di Pasar Raya Tesco Ampang, Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

BACA: Jual Air Zam Zam Kena Penjara?

Gambar sekadar hiasan

Tertuduh yang juga mengaku bersalah, Mohd Azmi Mohamed Eid, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan 14 hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Majistret, Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh selepas dia gagal membayar denda sebanyak RM500.

Azmi didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh juga didenda atau sebat.

Sebelum ini ketika membuat rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan kerana dia menganggur dan perlu menyara keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim meminta hukuman berbentuk pengajaran sebagai teladan kepada tertuduh dan masyarakat atas sebab kes kecurian di pasar raya semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dipenjara Tujuh Hari Gara Gara Milo
Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka