Dipenjara Tujuh Hari Gara Gara Milo
Milo merupakan minuman malt coklat digemari oleh orang ramai terutama kanak-kanak. Malah, Milo boleh dijadikan bahan asas untuk membuat kek kerana rasanya yang enak jika dimakan panas-panas. Selain itu, ada juga yang minum Milo pada setiap pagi untuk memberi tenaga kepada badan supaya lebih bertenaga dan cergas.
BACA: Mudahnya Buat Kek Milo Ni!
Gara-gara mencuri sebuah paket Milo, seorang lelaki berusia 36 tahun dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.
Noorazly Aziz yang juga seorang penganggur dijatuhkan hukuman oleh Majistret Siti Radziah Kamarudin selepas mengaku bersalah mencuri sepaket Milo berharga RM30.90 di pusat beli-belah Sogo, kelmarin. Dia ditangkap di bahagian luar pasaraya sejurus selepas dia keluar tanpa membuat bayaran.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun maksimum beserta denda. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh supaya dijadikan pengajaran kerana dia mempunyai tubuh badan sihat serta mampu bekerja.
“Tertuduh seorang lelaki yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu bekerja. Ini bukan alasan untuk dia mencuri barang makanan,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, tertuduh tidak diwakili peguam itu turut membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Rasa Maggi Kari Campur Milo?
- SUMBER
- SINAR HARIAN