Disebalik Ikan Goreng, Tersirat Pengorbanan Yang Suami Tak Tahu
Ramai suami beranggapan tugas sebagai suri rumah sesuatu yang mudah. Bukan susah sangat pun nak sapu sampah, jemur pakaian, masak, jaga anak. Semua tu kacang goreng je.
Ianya nampak mudah dengan hanya melihat, tetapi pengorbanan seorang isteri bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Pengorbanan isteri tidak ternilai dan tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Belum lagi jika si isteri juga turut bekerja dalam masa sama perlu menguruskan rumah. Memang penat tak terkira!
BACA: Isteri Meninggal Sehari Lepas Nikah
Namun perkongsian dari seorang suami ini Tuan Taufiq wajar dibaca oleh para suami diluar sana yang tidak menghargai pengorbanan isteri. Lebih teruk ramai suami diluar sana tidak ambil peduli dengan keadaan isteri yang sentiasa kelihatan letih. Selepas baca perkongsian ini, pasti ramai terfikir bagaimana si isteri mampu melakukan 3 hingga 4 tugas dalam satu masa.
Serius! Dulu saya pun nampak 2 ekor ikan je.
Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah.
Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur. Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.
Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel. Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.
Otak dah macam pecah nak kena uruskan banyak perkara
Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!
Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.
Kita lelaki nampak ikan je, tapi sebenarnya banyak perkara tersirat
Kenapa?
Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!
Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.
Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.
Taufiq Razif
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- siakapkeli