Diskaun Insurans Kenderaan Buat Pemandu Tak Pernah Terima Saman
Berita baik buat rakyat Malaysia, kerajaan bakal memperkenalkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan tidak pernah menerima saman mulai Januari tahun hadapan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, perbincangan mengenai perkara itu sudah dibuat bersama pihak industri insurans dan akan diumumkan pada hujung tahun ini.
BACA: Nampak Kereta Guna Lorong Kecemasan, Boleh Terus WhatsApp JPJ
Pihaknya memerlukan data Mysikap dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pengguna mendapatkan diskaun tersebut.
Cadangan ganjaran itu berbentuk pengurangan premium insurans kepada pemandu yang mempunyai rekod bersih daripada saman atau kesalahan jalan raya.
Perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkenaan diskaun premium insurans kenderaan kepada pemandu berhemah itu telah dibincangkan sejak bulan Mei lalu dan kini dalam fasa terakhir.
Menurut Anthony Loke, pelaksanaan ganjaran itu bukan saja dapat mengurangkan statistik kesalahan jalan raya malah turut mengurangkan beban pengguna.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Sinar Harian