Doktor Dedah Bahaya Guna Plastik Sampah Hitam Bungkus Daging Korban
Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Sudah tentu ramai yang akan turut serta untuk membantu melapah daging yang akan diagihkan kepada orang susah.
Namun ada satu pesanan disampaikan oleh seorang doktor ini yang menasihatkan agar tidak menggunakan plastik sampah hitam untuk membungkus daging korban.
BACA: Ini Cara Betul Simpan Daging Korban Supaya Tahan Lama
Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Rosli Abdul Jalil mendedahkan kesan bahaya menggunakan plastik sampah hitam untuk membungkus daging korban.
Menurutnya, plastik sampah hitam diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik buangan dan boleh membahayakan kesihatan.
Jangan guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban
Pesan kepada AJK Masjid,
pesan kepada AJK qurban,
dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha,
JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.
Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah.
BUKAN untuk bungkus daging atau makanan, ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran!
Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemprosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.
Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan merbahayakan pada tubuh badan kita.
Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.
Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban. Islam menggalakkan kebersihan.
Katanya lagi, di Malaysia memang tiada kajian tapi di negara barat seperti USA, Canada dan beberapa negara Eropah lain ada kajian dilakukan dan mendapati kandungan Bromin dan plumbum tinggi dalam plastik hitam kitar semula.
Untuk pengetahuan anda, Bromine adalah bahan yang boleh menyebabkan bertambahnya penyakit kanser dan Plumbum pula penyebab kanser.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram