Doktor Hospital Sg Buloh Mohon Rakyat Malaysia Doa Keselamatan Kakitangan
Seperti diketahui hari ini Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes terbaru coronavirus membabitkan rakyat China, menjadikan tujuh kes direkod di negara ini setakat ini.
Difahamkan, pesakit-pesakit yang menghidap virus tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan rapi. Apa yang pasti, perkara itu menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia tentang kakitangan hospital berkenaan.
BACA: Tiada Masa Pergi Ke Tandas, Doktor Di Wuhan Terpaksa Pakai Lampin
Susulan itu, seorang doktor di hospital berkenaan Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi memuat naik satu perkongsian di Twitter memohon orang ramai untuk mendoakan keselamatan kakitangan kesihatan di hospital Sg Buloh.
I will oncall on next Monday in Hosp Sg Buloh wearing this OOTD. doakan semua staff kesihatan selamat..Amin.. pic.twitter.com/soKhZsUh1e
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) January 25, 2020
Perkongsian doktor itu mendapat perhatian netizen yang turut sama berdoa agar Allah melindungi semua kakitangan hospital serta segala urusan untuk merawat pesakit-pesakit tersebut dipermudahkan.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen tertanya-tanya mengapa pesakit-pesakit Coronavirus dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan tidak dihantar pulang ke negara mereka. Seorang netizen, Norhidayah Aziz tampil memberikan penjelasan di Facebook.
Kenapa coronavirus infected hantar ke sungai buloh?Kenapa tak hantar balik China?1) Sg Buloh ada Makmal Kemudahan…
Posted by Norhidayah Aziz on Sabtu, 25 Januari 2020