Bekerja dalam bidang perubatan, aspek kebersihan sangat dititik beratkan lebih-lebih lagi bagi doktor wanita yang beragama Islam, faktor jangkitan kuman pada tudung mungkin boleh berlaku.

Bimbang dengan jangkitan kuman ketika mengenakan tudung yang sama dalam tempoh masa yang, seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan seorang doktor berkhidmat di United Kingdom (UK) memperkenalkan tudung steril pakai buang pertama di negara itu.

BACA: Doktor Dedah Terlebih Minum Air Putih Boleh Menyebabkan Sawan

Menurut doktor tersebut, Farah Roslan berkata dia mendapat idea untuk mencipta tudung berkenaan ketika menjalani latihan sebagai pelajar perubatan di University Hospitals of Derby and Burton NHS Trust.

“Saya menggunakan tudung yang sama sepanjang hari , jadi ianya tidak bersih untuk digunakan dalam jangka masa yang lama”, katanya lagi.

 

Menurut Dr Farah, dia pernah diminta keluar daripada bilik bedah bagi mengelakkan jangkitan.

Farah berharap tudung steril itu dapat diperkenalkan secara meluas. Seorang pakar bedah Gill Tierney yang juga mentor kepada Dr Farah berkata tudung pakai buang ini merupakan yang pertama diperkenalkan di UK.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang