“Doktor Tak Bagi Makan Banyak Mi Segera Bukan Sebab Lilin”
Ketika zaman kecil-kecil, pasti anda selalu dengar, “Jangan makan megi, nanti sekolah tak pandai.” Tak pasal-pasal mi segera dipersalahkan kerana dikatakan makanan yang menjadi punca otak lembap.
Bukan itu saja, ramai yang kononnya percaya bahawa mi segera mempunyai lilin dan mungkin sebab itu ada yang menganggap mi segera tidak elok untuk dimakan.
BACA: Memang Tak Akan Jadi Bodoh, Tapi Ini Bahaya Makan Mi Segera
Namun, perkongsian oleh seorang pengguna Twitter ini memberitahu bahawa doktor melarang kita makan mi segera terlalu banyak bukan kerana mi tersebut mempunyai lilin.
Jelas pengguna Twitter itu yang dikenali sebagai Muhamad Azam, itu bukan lilin tetapi mi tersebut digoreng. Jadi apabila direndam dengan air panas, minyak yang keluar dan bukannya lilin seperti yang diperkatakan.
Ujarnya lagi, doktor melarang makan banyak mi segera kerana tinggi kandungan sodium dan tinggi lemak, bukan kerana lilin. Jelasnya lagi, mi segera jika dibakar sememangnya akan menyala kerana ianya mengandungi minyak.
Maknanya, mitos yang mengatakan mi segera ada lilin dan kalau nak makan kena selang 3 hari hanyalah cerita dongeng semata-mata.
Perlu diketahui, sebungkus mi segera bersamaan dengan 30 minit berlari dan 45 minit berbasikal. Siapa yang nak diet tu, mi segera memang bukan makanan yang terbaik.
angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!
- SUMBER
- Twitter Muhammad Azam