Sebut saja buah durian, ramai yang gilakan raja buah ini. Rasa buahnya yang lemak manis, tiada siapa boleh tolak keenakan buah durian.

Tapi berapa anda sanggup belanjakan untuk membeli sebiji buah durian? Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan di Thailand sanggup membelanjakan RM200,000 untuk sebiji durian baka Kanyao.

BACA: IKEA Perkenal Menu Terbaru Semuanya Berasaskan Durian!

Buah durian itu dibida di Festival King of Durian di Nonthaburi, Thailand.

 

Untuk pengetahuan anda, durian baka Kanyao merupakan antara durian yang paling mahal di dunia dan mengatasi harga jualan pada tahun lepas iaitu 800,000 baht (RM106,118).

Festival berkenaan turut dihadiri oleh ramai hartawan selain dijual secara terus daripada kebun berhampiran kepada mereka.

Seorang pekebun, Han Chai Thai berkata, dia tidak pernah menyangka durian yang ditanamnya mampu mencecah harga lebih 1 juta baht (RM132,543).

Durian Kanyao boleh dikatakan sangat sinonim dengan Nonthaburi di utara Bangkok kerana rasanya yang manis dan berlemak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥