Durian Tersenarai Antara 80 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia
Boleh dikatakan ramai yang sangat sukakan buah durian. Siapa yang tak sukakan dengan raja buah yang manis dan berlemak. Durian juga antara buah popular kerana keunikan rasanya dan harga yang dijual juga sangat mahal. Kalau di Malaysia, bau durian tu memang nikmat.
Namun, berbeza di Sweden, durian tersenarai antara 80 makanan paling menjijikkan di dunia dan dipamerkan di sebuah muzium yang diberi nama Disgusting Food Museum bersama makanan eksotik lain antaranya kepala arnab pedas, keju Su Callu Sardu yang diperbuat daripada perut anak kambing dan kacang soya perap dari Jepun.
BACA: Universiti Kena Pindah Gara-Gara Bau Durian Basi
Antara menu dari Asia lain yang tersenarai dalam makanan paling menjijikkan itu seperti Kopi Luwak, wain tikus dan telur padi. Menurut pegawai kajian muzim, faktor pemilihan makanan atau minuman dipilih berdasarkan rupa bentuk, bau dan rasa.
Jika anda ke muzium tersebut, anda boleh mencuba sendiri 3 hidangan ‘jijik’ iaitu Surströmming (ikan yang diperam selama 6 bulan dalam tin), icelandic shark dan durian.
Harga tiket untuk memasuki muzium tersebut berharga 185kr (~RM85) untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak masuk adalah percuma.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- The Vocket