Misteri kehilangan Pesawat Lion Air JT 610 yang terputus dari radar 13 minit selepas berlepas dari lapangan terbang awal pagi ini terjawab apabila disahkan terhempas di perairan utara Jawa.

Setakat ini, proses mencari dan menyelamat masih dijalankan. Namun apa yang menyebabkan pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu terhempas, masih menjadi tanda tanya dan misteri.

BACA: Penumpang Dedah Keadaan Pesawat JT-610 Sehari Sebelum Tragedi

Memetik laporan idntimes.com, walaupun masih terlalu untuk membuat sebarang spekulasi, namun tragedi yang menimpa pesawat Lion Air itu dikatakan tidak sepatutnya berlaku. Ini antara sebabnya.

1. Pesawat Lion Air JT-610 adalah pesawat baru

Jika ianya pesawat baru bererti mesin pesawat masih dalam keadaan baik. Pesawat JT-610 itu juga belum sampai satu tahun beroperasi. “Pesawat masih baru, jam terbang baru 800 flight hours,” kata Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara, Soerjanto Tjahjono.

Soerjanto juga berharap memandangkan pesawat itu masih baru, black box atau kotak hitam dapat ditemukan secepat mungkin dalam keadaan baik. Melalui kotak hitam itu dapat diketahui apa yang menyebabkan pesawat ini gagal berfungsi.

2. Sebelum terputus hubungan, juruterbang sempat meminta untuk kembali ke Bandara

Pesawat tersebut berlepas pada pukul 6.20 pagi dan mengikut jadual akan tiba di Pangkalpinang pada pukul 07.20 pagi. Bagaimanapun, juruterbang sempat meminta untuk return to base sebelum hilang dari radar.

3. Cuaca cerah

Jarang kecelakaan pesawat berlaku ketika cuaca dalam keadaan baik. Menurut Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara, Soerjanto Tjahjonom, keadaan ketika itu cerah di saat pesawat Lion Air JT-610 hilang dari radar.

4. Baru 13 minit di udara

Menurut Corporate Communication Strategic Lion Air, Danang Mandala Prihantoro, pesawat tersebut jatuh di perairan Karawang 13 menit selepas terbang di udara. Lokasi jatuh pula berada 34 kilometer dari Bandara Soekarno Hatta.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥