Ramai mengambil cuti pada hujung tahun untuk menghabiskan cuti mereka yang masih berbaki beberapa hari untuk meluangkan masa dengan keluarga, bercuti dengan rakan dan tak kurang juga mengambil peluang ini untuk mengerjakan ibadah umrah.

Kini, jemaah umrah yang ingin menyempurnakan tawaf dan sa’ie tak perlu menunggu lama untuk melakukannya.

BACA: Senangkan Jemaah Malaysia, Portal GoUmrah Diperkenalkan

Jika anda tiba di dataran Kaabah, anda boleh masuk mengikut pintu 88, 89, 93, 94 yang tertulis Access Door For Ehram terletak di antara King Abdul Aziz serta King Fahd Gate dan pengawal keselamatan Masjidil Haram akan menunjukkan laluannya.

Oleh itu, pusingan tawaf akan menjadi cepat kerana jemaah yang bertawaf untuk menyempurnakan umrah dan yang berihram sahaja dibenarkan turun ke dataran Kaabah.

Untuk sa’ie pula, laluan tidak berubah dan anda boleh pilih ingin bersaie di tingkat berapa yang anda mahu.

Tetapi, anda dinasihatkan bergerak dalam satu kumpulan untuk mengelakkan daripada tersesat jika datang berseorangan.

Kepada jemaah lelaki yang mahu menunaikan tawaf sunat dan tawaf wada, anda dinasihatkan agar terus berpakaian ihram kerana jika tidak, anda perlu tawaf di tingkat atas sejauh 5.6 kilometer untuk tujuh pusingan.

Buat masa ini, kerja-kerja pemulihan sedang sibuk dijalankan di dataran Kaabah dan ia dijangka siap pada bulan Ramadan tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
7 Gambar Mekah, Madinah Yang Cukup Tenang Untuk Tatapan Anda

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya