Enam Beranak Tak Pernah Merungut Makan Nasi Kuah Air Garam
Jika anda sangkakan kehidupan anda susah, sebenarnya ada mereka diluar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Tatkala kita masih dapat menjamah nasi bersama lauk, namun ada yang hanya makan nasi berlaukkan kuah air garam sahaja.
Seperti enam beranak dari Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan ini tidak pernah merungut meskipun hanya dapat menikmati juadah nasi tanpa lauk, malah kerap makan hanya berkuahkan air garam sahaja disebabkan kemiskinan hidup.
BACA: Kritik Masakan Kurang Garam, Isteri Tikam Suami 35 Kali
Hidup dalam serba kekurangan, ibu tunggal, Zaharah Omar, 52, berkata, mereka terpaksa berhutang untuk membeli beras dan sesekali jiran tetangga yang simpati akan menghulurkan makanan.
Zaharah berkata, ada ketika seharian mereka tidak menjamah nasi dan wang yang ada hanya cukup untuk membeli sekilogram gandum dibuat cekodok.
Ujarnya lagi, kebiasaannya mereka anak beranak makan nasi berkuahkan kicap sahaja tanpa lauk tapi jika ada wang lebih, barulah boleh membeli telur dengan harga RM2 untuk empat biji yang dimakan beramai-ramai.
Difahamkan, Zaharah tinggal di sebuah rumah subsidi kerajaan negeri bersama tiga anak iaitu Che Siti Fatihah Jaafar, 25, Mohd Amir, 24, dan Mohd Azmi, 22, serta dua cucu yang berusia empat dan enam tahun.
Zaharah hanya mengambil upah mencungkil kelapa di sebuah tempat memproses santan tidak jauh dari rumahnya dengan bayaran RM12 sehari untuk 100 biji kelapa.
Manakala, dua anak lelakinya bekerja kampung iaitu memasang kanopi dan memunggah kelapa dengan upah tidak seberapa.
Ujarnya, anak sulungnya kini dia dalam proses bercerai dan perlu menyara dua anaknya yang masih kecil.
Anak bongsunya, Mohd Azmi menghadapi kesukaran bertutur disebabkan terminum minyak tanah ketika berusia tujuh tahun dan dia tidak sampai hati untuk melepaskan pemuda itu bekerja jauh daripada keluarga.
Walau bagaimanapun, Mohd Azmi berhenti sekolah dan hanya sempat belajar hingga darjah empat sahaja kerana enggan ditempatkan di kelas pendidikan khas.
“Cucu sulung yang berusia enam tahun sepatutnya belajar di tadika tapi kami tiada wang membayar yuran menyebabkan dia hanya duduk di rumah bersama adik dan ibunya (Che Siti Fatihah).
“Kami bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Harian Metro