FAKTA: Kedah Negeri Paling Ramai Tolak Vaksin
Isu vaksin bukanlah perkara baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini isu tersebut semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan terjadi kes kematian kanak-kanak akibat penyakit defeteria.
Pendedahan ini sememangnya sangat mengejutkan dimana Kedah merupakan negeri tertinggi mencacatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya.
BACA: Malaysia Bakal Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Di Dunia
Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.
Katanya lagi, antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
Antara sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin.
Laporan turut memberitahu, sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.
Dr Norhizan berkata, satu kematian akibat difteria direkodkan pada 2015, dua kematian (2016) serta satu kematian (2017) dan kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mendapat vaksinasi. Namun setakat tahun ini, tiada kes difteria dilaporkan.
Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha khusus untuk kumpulan sasaran yang dikenal pasti sebagai penolak vaksin, antaranya mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk keluarga berkenaan kepada pakar.
Dalam pada itu, memetik laporan Public Health Malaysia, selain Kedah, Terengganu dan Perak mencatatkan bilangan kes penolakan vaksin yang tinggi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Awani