Foto Kahwin Dengan Van Jenazah, Ada Cerita Disebaliknya
Tak lengkap rasanya jika pasangan pengantin tiada gambar indah perkahwinan masing-masing. Boleh dikatakan ramai yang memilih tempat atau pemandangan berlatar belakangkan alam semula jadi dan unik.
Tetapi berbeza dengan gambar kahwin pasangan pengantin ini yang memilih van jenazah sebagai latar belakang foto perkahwinan mereka.
BACA: “Dah 2019, Boleh Pakai Elok Sikit Datang Majlis Kahwin”
Memetik laporan Sinar Harian, sebenarnya ada sebab mengapa pasangan pengantin tersebut iaitu Mohd Humaidi Asraf Hassan, 24 tahun dan Khairunnisa Mohd Zaki, 22 tahun memilih untuk bergambar dengan van jenazah.
Menurut Humaidi, itu adalah impiannya untuk bergambar bersama van jenazah memandangkan dia bekerja membawa van jenazah sejak 10 tahun lalu. Katanya lagi, dia minat dengan pekerjaan tersebut sejak kecil lagi.
“Memang niat saya nak ambil gambar kahwin disamping van jenazah. Jika orang lain sibuk ke tepi pantai dan mencari lokasi menarik yang lain, saya hanya tumpukan kepada van jenazah.
“Gambar berkenaan sebenarnya dirakam sejak enam bulan lalu tetapi sekarang baru jurufoto serahkan kepada kami.
“Gambar ini sebenarnya sebagai simbolik kepada pekerjaan saya. Saya memang minat pekerjaan ini sejak kecil lagi yang pada awalnya hanya menolong dan menemani ayah dan selepas itu saya mengambil alih sepenuhnya.
“Kerja ini juga perlu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan bila-bila masa sahaja kematian boleh berlaku,” katanya.
Humaidi memberitahu dia tidak sangka foto kahwinnya menjadi perhatian. Malah rata-rata netizen memberikan respon posifif kerana gambar tersebut mengingatkan orang ramai tentang kematian.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Sinar Harian