Gadis Cina Suka Berhijab Jadi Perhatian, Akui Tenang Bila Tutup Rambut
Malaysia sememangnya sangat unik dengan pelbagai bangsa, kaum, agama dan juga adat. Jadi tidak hairan jika Melayu bersahabat baik dengan Cina, atau dengan India.
Hijab atau tudung sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam. Namun, pemakaian tudung sebagai fesyen kini kian mendapat tempat dalam kalangan bukan muslim.
BACA: Sokong Anak Peluk Islam, Kisah Uncle Cina Ini Jadi Inspirasi
Seperti gadis bernama Jia Qingg ini mengakui sangat suka berhijab. Menerusi perkongsian di Twitter, gadis itu memuat naik gambarnya berhijab serta status mengatakan dia seorang berbangsa Cina tetapi suka behijab.
i'm chinese but i like to berhijab😛 pic.twitter.com/U73dq8TG0n
— jiaqingg (@jiaqing28512216) October 20, 2019
Menurutnya lagi, ramai rakan-rakannya terdiri daripada orang Melayu dan tertarik melihat mereka tertudung. Malah, gadis itu mengakui rasa tenang apabila menutup aurat.
Perkongsian gadis itu turut mendapat perhatian rakan bangsa Cina lain yang turut berkongsikan foto mereka bertudung.
Dalam pada itu, rata-rata memuji niat baik gadis tersebut serta mendoakan agar dibukakan hati untuk cintakan Islam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram