Gadis Dedah Rahsia Hilangkan Jerawat Dengan Hanya RM5
Baik lelaki mahupun wanita, pasti mahukan kulit wajah yang bersih, cantik dan bebas daripada masalah jerawat. Masalah jerawat dan breakout sekaligus membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Ada yang sanggup belanja beratus ringgit untuk membeli produk kecantikan tetapi ia tidak memberikan kesan. Tetapi sebenarnya ada cara anda boleh lakukan untuk dapatkan kulit licin dengan hanya RM5 sahaja.
BACA: “Gila Betul, Ingat Ular Ke Boleh Tukar Kulit”
Ramai tidak tahu anda boleh mendapatkan rawatan pakar kulit di hospital kerajaan sahaja dan bayaran dikenakan hanya RM5 untuk konsultasi serta ubat-ubatan diberikan secara percuma
Baru-baru ini, di Twitter seorang gadis bernama Nana berkongsikan pengalamannya dan langkah untuk mendapatkan rawatan pakar kulit di hospital kerajaan.
I pergi dermatologist hospital kerajaan all this ubat i dpt for free. Bayar rm5 je everytime jumpa. So be smart ppl. https://t.co/Bm7JCbeUwh
— Nana 🦄 (@Naahatta) June 25, 2019
Menurut Nana, untuk langkah pertama dapatkan rawatan di klinik kerajaan terlebih dahulu dan ubat yang diberikan adalah sama dengan dermatologi selalu bagi.
Kata Nana lagi, masalah yang dialami olehnya memang lain di mana masalah jerawat bukan sahaja di wajah tetapi hampir di seluruh badan.
Langkah-langkah:
Pastikan anda dapatkan surat rujukan daripada klinik kesihatan sebelum berjumpa pakar dermatologi hospital kerajaan kerana jika anda walk in sahaja kemungkinan besar anda tidak akan dilayan.
Kata Nana lagi, apabila berjumpa dengan doktor atau dermatologi pastikan anda beritahu apa penyebab dan punca jerawat terjadi, produk yang anda pakai kerana doktor ingin tahu apa penyebab masalah kulit anda.
Diharap perkongsian oleh gadis ini sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana yang mungkin mengalami masalah kulit teruk. Tak perlu lagi berbelanja mahal untuk dapatkan kulit cantik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Nana