Bukan perkara mudah untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan ideal. Apa yang pasti ianya memerlukan kesungguhan dan disiplin daripada individu itu sendiri. Jika tak kuat semangat, impian untuk kurus itu hanya tinggal impian sahaja.

Namun gadis bernama Syauqina Akmar ini sememangnya seorang yang bersemangat tinggi dan memiliki azam yang kuat untuk kurus dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan daripada 63kg kepada 48kg dalam masa 3 bulan sahaja.

BACA: Dari 70Kg Ke 55Kg, Makan Nasi Tapi Tetap Boleh Kurus

Menerusi Twitter, gadis ini kongsikan tip dan amalan yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan.

Hilang 15kg dalam masa 2-3 bulan

 

Since aku ni macam tak dak kerja sangat. Ermmm bolehlah nak kongsi sikit macam mana aku boleh turun berat badan 63kg-48kg dalam masa 2-3 bulan 😂

Berat aku naik sejak aku praktikal. Kerja aku makan je. Tak tau lah apa syok sangat dengan makan . Time tu berat 55kg naik sampai 63kg.

Jogging hari-hari, cuba kawal makan tapi tahan seminggu je

Lepas aku habis praktikal aku. Aku nekad nak turun balik berat badan aku. Aku start jogging. Tiap-tiap  hari jogging tapi hari minggu aku rehat.

Mula-mula kawal juga makan . Konon nak elak gula minyak bagai. Tapi boleh tahan seminggu je. Hahaha lepas tu makan balik.

 

Tak pernah bersukan, tapi nak kurus punya pasal sanggup jogging

Susah jugak lah nak turun. Penat wooo. Bukan senang. Tapi sebab nak kurus punya pasal sanggup jogging hari-hari padahal sebelum ni tak bersukan

Aku ni dari sekolah tak pernah bersukan. Tiba2 nak start sukan. Memang pancit terok. Pagi aku jogging, petang aku main gym malam aku workout.

Tapi yang gym tu kejap ja . Sebab pulus tak dak hahaha. So aku lari je mula-mula lari 1km pastuh perlahan-lahan naik 2km lepas tu naik sikit.

Aku install apss nike ni ja. Sebab aku boleh tahu berapa km aku lari sekali berapa kalori dia bakar.

Tiada suplemen atau diet atkins

Aku selalu pantau berat badan aku. Berapa banyak turun atau naik kalau aku makan makanan ni atau ni. Tapi atkins diet or suplemen tidak sama sekali.

Disebabkan aku bersukan, aku tak amalkan diet sebab nanti aku penat. Tak boleh nak lari.  Aku masih makan tapi aku seimbang dengan lari.

Satu ja lah nak pesan. Kalau diet tu nak kurus but sampai bila en nak diet. Kita mesti teringin jugak nak makan.

Semoga perkongsian gadis ini mampu menjadi inspirasi buat mereka di luar sana yang berniat untuk kuruskan badan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas