Siapa yang tak mahukan kulit muka licin dan bebas dari jerawat bukan? Wajah bebas dari segala masalah kulit merupakan impian setiap wanita tidak kira usia.

Ramai golongan popular di laman sosial atau lebih dikenali sebagai “Instafamous” memiliki kulit halus, putih dan bersih diminati ramai hingga mempunyai ribuan pengikut di akaun laman sosial mereka.

BACA: Seiras Putera Mateen, Gadis Ini Viral

Shoutout to all my positive 16k followers!! ❤️❤️ thank you for supporting & HELLOOO 🙌🏻

A post shared by Charisa Debully (@charisafranc) on

Namun, lain pula kisah mengenai seorang gadis manis berasal dari Sabah ini apabila dia popular di laman sosial dengan begitu positif dan tanpa segan silu memuatnaik gambarnya tanpa sebarang mekap dan olahan untuk menutup jerawat di mukanya.

Gadis manis itu dikenali sebagai Charisa Debully Francis tak mempedulikan kata-kata ejekan yang diterima mengenai wajahnya, malah mahu memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana yang mengalami masalah sama.

“Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya,” katanya.

“Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ringgit untuk memiliki kulit wajah yang sihat,” jelasnya.

A post shared by Charisa Debully (@charisafranc) on

Walaupun ditanya soalan-soalan yang menghiris hatinya, Charisa atau senang dipanggil Chacha menjawab soalan dengan baik.

Menurutnya, punca jerawat yang tumbuh di mukanya disebabkan oleh faktor keturunan dan hormon. Di samping itu, Chacha mempunyai jumlah pengikut yang ramai iaitu sebanyak 16,400 pengikut di Instagram.

Memang bertambah cantik orangnya apabila dia sesekali mengenakan mekap apabila jurumekap terkenal menata rias wajahnya.

Orang zaman sekarang terlalu obses dengan kecantikan hingga suka pandang rendah terhadap golongan yang mempunyai masalah kecantikan. Apa yang penting, kecantikan itu sebenarnya datang daripada hati.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gadis Jelita Jual Aiskrim Kini Viral
Kenapa Adik Tak Nak Salam Beckham?
Berbaju Kurung Angkat Dumbbell Di Gimnasium

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Boleh Ke Resell G-Shock Sampai RM20,000?