Gadis Kongsi Tips Diet Mudah Turun 10 Kg Bulan Ramadan
Mempunyai badan langsing merupakan idaman setiap orang tetapi ramai yang tak tahu di mana mahu bermula. Kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.
Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan, pasti ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan. Mana tahu boleh gayakan baju kebaya saiz S di hari Raya nanti.
Ramai yang berpendapat mudah saja untuk menurunkan berat badan di bulan puasa memandangkan kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi ramai yang tewas dalam misi tersebut.
BACA: Gadis Ini Kongsi Tips Kecilkan Peha, Turun 10 Kg Dalam Sebulan
Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk turunkan berat badan di bulan Ramadan. Dikongsikan oleh seorang gadis bernama Wani ini, dia berjaya menurunkan berat badan 10kg dan hasilnya dia berjaya menyarung kebaya bersaiz XS.
SAHUR (ambil carbo untuk bekalkan tenaga seharian)
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWNRICE.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
BERBUKA PUASA
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah gais kena ikut pahala lebih)
2. Wani akan minum secawan mila coklat supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk2 ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk2 letak la dalam peti ais.
6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda2 manis semua wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.
MOREH (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah buahan. buah feveret wani adalah tembikai dan limau
3. Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk2 berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.
Bersenam 20-30 minit setiap hari
Kalau larat korang exercise 20/30 minits setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Jadi, kalau anda nak miliki bentuk badan idaman di hari Raya nanti, boleh la cuba tips yang dikongsikan oleh gadis ini. Tak ada la peluang ‘mak cik-mak cik bawang’ nak kutuk korang nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Facebook Wani Mustafa