Gadis Korea menjadi pilihan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes untuk menjadi suri di hatinya apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu di Cote d’Azur, Perancis.

BACA:AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Gadis Korea itu dikenali sebagai Chloe dan berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan telah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum berkahwin.

Namun, tidak banyak maklumat diperolehi mengenai Chloe. Wanita itu tersenyum bahagia di samping Tony di hari penuh bersejarah untuknya itu.

Sumber dari utusan.com.my

Selain itu, majlis perkahwinannya juga diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat iaitu Pengerusi AirAsia& Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Tahniah diucapkan kepada Tony dan isteri, semoga bahagia hingga ke anak cucu dan selamat berbulan madu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penerbangan Bajet Tanpa Tempat Duduk?
Buat Pembedahan Plastik, Tak Lepas Imigresen

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?