Gadis Terbeli Kuah Laksa Ada Cebisan Surat Khabar
Boleh dikatakan ramai kini lebih gemar masak di rumah daripada membeli makanan di luar berikutan banyak kes terjumpa ‘bendasing’ di dalam makanan tular di media sosial.
Baru-baru ini tular satu lagi perkongsian di Twitter, dimana seorang gadis mendedahkan dia telah membeli laksa di sebuah gerak terletak di Jalan Kebun.
BACA: Ini Punca Sebenar Kes Keracunan Laksa Kebok
Laksa ni aku beli dkat Jalan Kebun. aku musykil gila isi dia tak hancur and aku boleh perah. korg rasa? amende ni? hati aku kuat mengatakan benda ni either surat khabar atau kotak yg dh diblend. kalau andaian aku salah, aku minta maaf sbb aku dah buang laksa ni. pic.twitter.com/0fnqs3iuOf
— syuzu (@syxnas) July 7, 2019
Gadis itu memberitahu dia turut merasa pelik melihat kuah laksa tersebut kelihatan agak gelap. Selepas diperhatikan, terdapat bahan pelik di dalam laksa tersebut seperti kertas yang tidak hancur di dalam kuah tersebut.
Gadis itu memberitahu hatinya kuat mengatakan bendasing tersebut merupakan surat khabar atau kotak yang sudah di kisar.
Jelas gadis itu lagi, pendedahannya itu bukanlah mahu menutup periuk nasi peniaga tetapi untuk pastikan agar pembeli lain tidak terkena sepertinya.
Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan penemuan itu. Malah ada yang berkongsikan bahawa mereka juga pernah mengalami nasib sama.
Susulan pendedahan tersebebut, netizen meminta gadis itu memaklumkan pekara tersebut kepada pihak berkuasa.
Ada yang letak tisu nak bagi kuah pekat
Malah, rata-rata netizen turut bertanyakan lokasi penjual laksa berkenaan dan gadis itu mendakwa ia terletak di simpang empat Jalan Kebun dan penjualnya adalah wanita.
Jika benar apa yang didakwa memang anaiya orang jawabnya. Diharap peniaga diluar sana tidak melakukan perkara seperti ini semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- Twitter Syuzu