“Gaji RM3,000, Hina Sangat Ke Kerja Kilang?”
Dalam dunia penuh persaingan sekarang, ramai di kalangan graduan yang menganggur kerana tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan. Boleh dikatakan graduan sekarang impikan pekerjaan dengan gaji lumayan atau sepadan dengan kelulusan mereka.
Namun berbeza dengan pemuda, Raimi Ahmad yang berkongsikan pengalamannya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang, tidak menyangka pekerjaan itu juga mampu mendapatkan pendapatan lumayan, sekaligus mengubah persepsi orang ramai tentang pekerjaa tersebut.
BACA: 70% Wanita Malaysia Tolak Lelaki Gaji Bawah RM5k
HINA sangat ke kerja KILANG?
(Yang mana dok perlekeh meh baca)
“Kalau hang tak da keja..p keja kilang”
Dalam mentaliti orang melayu khususnya kalau keje kilang ni adalah satu pekerjaan yang “lekeh” & keje yg “tu” adalah keje yang mulia & menjamin masa depan..its okay.
Banyak yg tanya aku sekarang aku keje apa disebabkan kan aku ni selalu tukar keje..hehe..jangan kata kawan2..sedara2 sendiri pun tak tau..haha..aku bukan syok2 tukar2 keje tapi untuk pengalaman aku & diri aku sendiri..aku nak kembara selagi boleh..
Untuk pengetahuan luorang sekarang memang aku bekerja sebagai operator kilang..ini adalah pekerjaan aku yg ke-9 & ini kali pertama aku keje kilang..sebelum ni aku keje lain2 bidang..buat direct sales, telesales, office, bulk mailing, penyelia, buruh kasar pun pernah & ada lagi aku tak tau apa nama jawatannya..
Menurut Raimi, dia sering bertukar kerja dan minatnya yang suka mengembara membuatkan dia bertukar kerja sebanyak 9 kali. Katanya lagi, bermacam-macam kerja dia lakukan sebelum bekerja di kilang.
Ramai yang ingat kerja kilang tak ada masa depan
Jujur cakap aku dah lama nak masuk keje kilang ni sejak dari habis sekolah lagi tapi tak termasuk jugak..tapi selepas bertahun-tahun baru aku dapat masuk dan seriusly baru aku faham kenapa baru sekarang urusan aku ni dipermudahkan setelah bertahun-tahun..
Tapi gaji kerja kilang boleh cecah RM3,000
Bila sebut keje kilang or operator kilang ramai yg ingat keje yg lekeh & tak de masa depan..masa aku buat sales berapa tahun lepas..banyak custumer aku keje kilang..sometime diorang nak apply kad kredit so secara tak langsung payslip mesti bagi kan?aku pun belek la diorang punya slip gaji ni..uiisshhh..2K ke atas..kadang2 dekat 3K..paling2 lekeh pun RM1800..
Jawatan manager ke? Rupanya Operator je
Aku pun tanya la berjawatan apa kan..kot supervisor or manager ke?dia cakap operator..bukan sorang aku jumpa masa tu..ramai kot..jadi masa tu aku terfikir😗👈🏼..tang mana lekeh keje kilang ni?dari segi “gaji” ka tau “kerja” itu sendiri?bukan sorang 2 custumer tapi banyak custumer aku keje kilang dulu..
Jadi secara tak langsung, aku terasa mcm dibodohkan umat Melayu sendiri..jenis perangai aku ni..aku nak merasai sendiri & aku tak suka sekadar dengar..
Dalam kilang ada engineer, manager, apa yang lekehnya?
So..awal bulan 3 tahun lepas aku masuk keje kilang ni..sebelum tu aku keje penyelia ladang..hari pertama aku jejak kaki ke kilang ni aku ushar kiri kanan depan belakang..operator ramai..leader ada..supervisor ada..manager ada..exec ada..technision ada..engineer ada..jadi apa yg lekehnya???
Dok belajar tinggi2 ambik kejuruteraan tu kebanyakkannya kena masuk kilang la kan..nak masuk gomen kot celah mana?mungkin ada tapi terhad!
Memang betul cakap Tun M tentang rakyat Malaysia
Tun Mahathir pernah cakap “selama lebih 20 tahun saya mungkin berjaya ubah Malaysia tapi saya gagal ubah “mentaliti” rakyat Malaysia”..YUP!..aku tersangat setuju..so sekarang ni pada brader2 sister2 abg2 akak2 pakcik2 makcik2 yg keje kilang tu atau pun yg tak de keje & nak masuk keje kilang jangan malu & takut dengan mulut & mentaliti orang Melayu tapi diri awak sendiri tu yg perlu ubah..
Kita tak leh ubah persepsi masyarakat tapi awak tu yg harus ubah persepsi awak terhadap keje kilang ni..kalau awak sendiri rasa malu keje kilang itu adalah masalah lagi besar daripada mereka yg mengherdik awak keje kilang..ada faham???
Perkongsian pemuda ini sedikit sebanyak mampu membuka mata anak muda yang terlalu memilih kerja sedangkan banyak peluang diluar sana. Jangan hanya nak harapkan kerja pejabat berhawa dingin tapi belum tentu mampu berikan pengalaman berharga.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital
Duduk Di Hutan Sebab Tak Tahan Isteri Bebel
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Samyang + Cili Carolina Reaper Sampai Muntah?!!
- SUMBER
- Facebook Raimi Ahmad