Gambar ‘Badut’ Dari Malaysia Ini Ada Dalam Video Muzik K-Pop
Semua mengetahui bahawa muzik K-pop mempunyai pengaruh yang kuat, bukan saja di Korea masalah seluruh dunia. Lihat saja situasi setiap kali penyanyi dari Korea datang ke Malaysia, sambutannya memang amat luar biasa.
Baru-baru ini, sebuah muzik video dari Korea menjadi perhatian ramai apabila mampamerkan lukisan badut yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.
BACA: Anak Malaysia Pertama Jadi Pembawa Bola Di Piala Dunia
Gambar lukisan badut yang dihasilkan oleh aktivis Fahmi Reza itu muncul dalam muzik video ‘Falling in Love’ nyanyian Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo.
Artis K-pop ni tahu tak muka badut tu muka @NajibRazak? Simbol protes anti-korupsi dari Malaysia pun boleh sesat masuk music video K-pop. 😂 #KitaSemuaPenghasut pic.twitter.com/x4Bhbs0siX
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) September 22, 2018
Menerusi Twitter, Fahmi Reza memberitahu dia sendiri tidak menyangka gambar badut tersebut digunakan oleh artis K-pop di dalam muzik video. Bagaimanapun, dia tidak kisah gambar tersebut digunakan serta tidak meminta sebarang royalti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱
- SUMBER
- The Vocket