Ganjaran RM400,000 Jika Anda Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar
Boleh dikatakan telefon pintar antara yang paling penting kerana ia memudahkan kehidupan seharian. Bangun saja dari tidur, benda pertama yang kita akan capai sudah tentunya telefon pintar. Tetapi ramai yang terlalu bergantung dengan telefon pintar sehingga mengabaikan perkara penting lain dan tidak bersosial.
Tetapi, pernah tak anda membayangkan hidup tanpa telefon pintar anda? Bukan sehari, bukan seminggu tetapi untuk setahun!
BACA: Kastam New Zealand Kini Ada Kuasa Periksa Telefon Anda
Jika anda boleh menjalani kehidupan tanpa telefon pintar selama setahun, anda berpeluang memenangi wang tunai AS$100,000 (RM418,544) menerusi cabaran #nophoneforayear anjuran jenama minuman tenaga, Vitaminwater.
we tried to get Brandon to make this deal, but he is too busy – will you turn off your phone for a year instead? #NoPhoneForAYear #contest https://t.co/RVTF0gytnv pic.twitter.com/wFFTXl0PBX
— vitaminwater® (@vitaminwater) December 11, 2018
Bagi yang ingin menyertai, anda perlu memuat naik entri di Twitter, Instagram dan Facebook, dengan menyatakan perancangan anda untuk menjalani kehidupan selama setahun tanpa menggunakan sebarang bentuk telefon pintar, termasuk tablet.
Peserta yang terpilih akan diberikan sebuah telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai kemudahan membuat panggilan dan pesanan ringkas. Bagaimanapun peserta masih dibenarkan menggunakan komputer, komputer riba serta fasiliti teknologi lain seperti Google Home dan Amazon Echo.
Peserta juga tidak dibenar menggunakan telefon milik rakan atau ahli keluarga dan jika anda menipu ianya pasti tidak akan berjaya kerana pihak syarikat Vitaminwater akan menggunakan alat pengesan penipuan untuk mengesan sama ada anda menipu atau tidak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Astro Awani