Gara-Gara Jennie & Jisoo Blackpink, Super Ring Laris Di Korea
Sebut saja snek Super Ring, memang ramai yang gemarkan rasanya. Sejak dulu lagi snek ini sentiasa menjadi kegilaan ramai bukan sahaja dikalangan kanak-kanak malah orang dewasa turut sukakannya.
Tapi nampaknya bukan orang Malaysia je suka makan, orang Korea pun gilakan snek ini. Malah lebih mengejutkan, dua ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie dan Jisso sememangnya ‘hantu’ snek ini.
BACA: Pringles Hasilkan Mi Segera Perisa Snek Kentang
Terbaru, tular di media sosial apabila snek Super Ring kini laris di Korea gara-gara Jennie dan Jisso.
cerita dia time concert blackpink kat malaysia, jensoo singgah 7e then nampak super ring ni diorang kata pernah makan time kat singapore hmm comel la ok bye pic.twitter.com/SH0fsBOysN
— fallin' light 💫 (@moonstarbyulie) October 30, 2019
Menurut seorang netizen, snek tersebut menjadi kegemaran Jennie dan Jisso apabila mereka pertama kali mencubanya di Singapura dan apabila mereka tiba di Malaysia untuk konsert jelajah, mereka mencari snek tersebut di kedai serbaneka terdekat.
Perkara itu turut mendapat perhatian netizen yang mengatakan pasti jualan snek tersebut naik disebabkan dua bintang K-pop itu.
Difahamkan, sebungkus snek Super Ring dijual dengan harga 1,200 won (RM4.50) di Korea. Meski lepas ni ramai yang borong Super Ring dan susah nak dapat dek kerana Jinnie dan Jisoo.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱