Garpu Pernah Dilarang Kerana Menyerupai Tongkat Syaitan
Garpu adalah satu alatan dapur yang sering kita guna. Selain mengunakan tangan garpu juga adalah alat untuk memegang makanan supaya mudah untuk kita suap ke dalam mulut. Tapi tahukah anda satu ketika dulu garpu pernah dilarang penggunaannya sebab menyerupai tongkat syaitan?
Banyak catatan sejarah telah dijumpai tentang penggunaan garpu oleh orang-orang purba. Ketamadunan yang paling awal dijumpai ialah ketika zaman Mesir Kuno, orang-orang Mesir kuno guna garpu sebagai alatan memasak. Begitu juga di Zaman Dinasti Shang di China sekitar tahun 1600 Sebelum Masihi. Sampel tulang yang diukir menyerupai garpu telah dijumpai. Jadi maknanya orang dulu-dulu guna tulang dan kayu yang diukir untuk dijadikan garpu.
Orang Empayar Rom dah ada garpu peribadi
Orang-orang Empayar Rom dikatakan telah mencipta garpu moden yang dibuat dari perak dan gangsa. Penggunaan garpu ni juga berbeza mengikut adat tempatan, kelas sosial dan juga jenis makanan tapi kebanyakkannya digunakan sebagai alatan memasak. Penggunaan garpu secara umum telah diamalkan ketika zaman Empayar Byzantine di Timur Rom. Ketika zaman tersebut garpu sudah mula digunakan secara peribadi di meja makan.
Dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pengguna garpu dan menyebarkannya hingga ke Eropah Barat dan Itali adalah seorang isteri kepada pemerintah Byzantine iaitu Theophano Sklereina. Sejak itu garpu telah digunakan secara meluas di sekitar Itali kerana kebanyakan diet pemakanan orang Itali adalah pasta. Sebelum adanya garpu orang Itali gunakan kayu untuk menikmati pasta.
Penggunaan garpu dalam etika makanan oleh golongan bangsawan mula merebak hingga ke Sepanyol, diikuti Perancis dan Portigal sekitar kurun ke 16. Manakala di benua Amerika pula, penggunaan garpu telah diperkenalkan pada tahun 1611 oleh Thomas Coryat. Melalui bukunya “Coryat’s Curdities Hastily gobbled up in Five Months Travels in France, Savoy, Italy, &c.”.
Garpu menyerupai tongkat syaitan?
Tapi cadangan Thomas Coryat mengenai penggunaan garpu untuk sebagai peralatan untuk makanan sebagai menggantikan sudu tidak diterima baik oleh masyarakat sekelilingnya berikutan imej garpu tersebut yang menyerupai peralatan yang digunakan oleh syaitan untuk menyeksa manusia di alam neraka. Malah, Thomas telah diejek dengan nama Furcifer yang bermaksud, ‘pemegang garpu’. Kemudian garpu mula diterima semula ketika Revolisi Amerika.
Walaupun etika penggunaan garpu sudah diterima hampir di setiap negara di dunia tapi ada satu wilayah di Thailand, penggunaan garfu dianggap kurang sopan. Bagi masyarakat kita di Malaysia yang berbilang bangsa penggunaan alatan makanan yang lain seperti chopstik masih popular. Bagi orang melayu guna tangan ketika makan adalah perkara biasa dan merupakan perbuatan sunnah.
Garpu atau garfu?
Berdasarkan carian di portal Dewan Bahasa Dan Pustaka ejaan yang sebenar ialah ‘garpu’ dan bukannya ‘garfu’ manakala penjodoh bilangan untuk garpu ialah ‘sebatang’, jika terdapat sudu dan garfu maka penjodoh bilangannya ialah ‘sepasang’.
Sumber: Wikipedia, History Of Forks, Dewan Bahasa Dan Pustaka