Memang sedap kalau waktu petang dapat jamah kuih-muih dinikmati bersama secawan teh atau minuman kegemaran. Jika anda peminat kuih-muih terutamanya donut, boleh la ke Jalan Padang Tembak berhadapan bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berdekatan Jalan Semarak.

Terdapat sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih. Manu paling istimewa gerai tersebut ialah donat gebu pelbagai perisa dan berwarna-warni.

BACA: Donut Gebu RM1.50 Jadi Buruan, 900 Biji Terjual

Foto: Facebook

Apa yang membuatkan donat gerai tersebut berbeza dengan donat yang dijual di kedai francais antarabangsa popular ialah donat ini adalah donat homemade.

Jangan terkejut jika donat terebut dihadirkan dengan pelbagai perisa luar biasa seperti donat red velvet, donat pandan, donat perisa coklat, keladi, durian dan juga keju.

Foto: Facebook

Donat tersebut dijual dengan harga berpatutan bermula dari RM2 untuk 3 biji donat dan 4 biji donat bagi jenis yang lain.

Selain donat pelbagai perisa, gerai itu juga turut menjual kuih popular lain seperti karipap, burger Malaysia dan macam-macam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Alahai Comelnya Polis Peronda Ni
Berak Luar Kedai, Pemilik Dobi Lapor Polis

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Rasa Sebenar Kerak Telur Di Jakarta | Day 03