Geli! Uli Roti Canai Tak Pakai Baju, Garu Badan
Setiap kali ke kedai mamak, tak sah rasanya kalau tak pekena teh tarik dengan roti canai. Tak kira pagi atau pun malam, memang bila-bila masa boleh layan roti canai. Tapi lepas tengok video ini mesti akan fikir dua tiga kali nak makan roti canai.
Baru-baru ini, tular di Facebook video menunjukkan kelakuan seorang pekerja mamak yang sedang menguli roti canai. Video tersebut dipercayai dirakam dari dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar kedai mamak tersebut.
BACA: Pekerja Mamak Mengaku Bukan Islam
mintak tolong sebarkan . kejadian berlaku di NZ corner bandar puteri klang . berjaga jaga makan di kedai bangla ni . mintak pihak berwajib pantau hal ni . info dari group whatsapp .
Posted by Shazwan Shafiq on Isnin, 9 Julai 2018
Apa yang menjadi perhatian ialah salah seorang daripada mereka tidak memakai baju. Bukan itu saja, lebih menggelikan pekerja tersebut menggaru badannya kemudian sambung menguli roti canai tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan trauma untuk menikmati roti canai selepas ini. Ada yang mengatakan disebabkan isu kebersihan seperti ini membuatkan ramai yang tidak suka makan di kedai mamak.
Tidak kurang juga ada yang menjadikan isu tersebut sebagai jenaka dengan mendedahkan itu antara rahsia mengapa roti canai di kedai mamak rasa sedap.
Rasa loya pula tekak lepas tengok video tersebut. Rasanya isu kebersihan kedai mamak sekarang ni semakin menjadi-jadi. Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan secepat mungkin untuk menangani isu tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah
- SUMBER
- Lobak Merah