Gelongsor Terpanjang Dunia Dibuka Di Pulau Pinang Ogos Ini
Jika anda jenis yang sukakan aktiviti gila-gila dan mencabar, tak perlu lagi terbang sampai ke luar negara untuk melakukan semua itu.
Tidak lama lagi, gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.140 kilometer (km) di Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang akan dibuka kepada orang ramai pada Ogos ini.
BACA: Urutan Badan Guna Pisau Kini Popular Di Pulau Pinang
Gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015.
Gelongsor itu yang dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ dan wakil daripada Guiness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan dunia.
Setakat ini, Escape Pulau Pinang mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, “flying fox’ dan ‘kite flyers’ di “Adventureplay” dan “water slide”, “lazy river”, “speed racer” dan “waveball” di ‘Waterplay’.
ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang
- SUMBER
- Astro Awani