Malam tadi kita dikejutkan dengan berita tergempar iaitu bumi Sabah dilanda gempa bumi bermagnitud 5.2 skala Richter lebih kurang pada pukul 9.06 malam di daerah Ranau.

Malah, gegaran turut dirasai di kawasan sekitarnya iaitu Kundasang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Pitas dan lain-lain.

BACA: Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh

Sumber dari bernama.com

Difahamkan gempa bumi itu direkodkan berlaku dalam kedalaman 5 Kilometer berpusat di daerah Ranau dan tiada ancaman tsunami direkodkan, menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud.

Selain itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memberitahu tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran gempa bumi yang berlaku, namun mereka sedang giat menjalankan pemantauan rapi.

Sumber dari bernama.com

Berikutan gempa bumi yang berlaku itu, seramai 130 pendaki Gunung Kinabalu turun dari Laban Rata dan menuju ke Taman Kinabalu Sabah sejak pukul 10 malam tadi.

“Ketika gegaran berlaku, kami semua di Laban Rata telah diarahkan ke kawasan helipad. Kami sangat bernasib baik kerana setakat ini, semua pendaki selamat,” kata malim gunung, Nizam, kepada Astro Awani.

Seramai 193 individu telah membatalkan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu atas kerelaan sendiri kerana khuatir mengenai keselamatan mereka.

Sumber dari twitter.com

Walau bagaimanapun, beberapa rakyat Sabah sempat memberitahu perkembangan terbaru mereka melalui laman sosial seperti Twitter dan berkongsi pengalaman ngeri itu.

Terbaru, satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 skala Richter sekali lagi melanda Ranau, Sabah pada 8.09 pagi tadi berpusat di 6.1 utara dan 116.6 timur, iaitu 16 kilometer di barat laut Ranau, lapor Bernama.

Diharapkan semua penduduk Sabah yang terlibat dengan gempa bumi berhati-hati dan berada dalam keadaan selamat tidak kira di mana sahaja mereka berada.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jakarta Dilanda Gempa Bumi 6.4 Skala Richter
Gempa Kecil Landa Madinah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?