Setiap tahun umat Islam akan membanjiri Madinah serta Mekah untuk menunaikan haji ataupun umrah. Malah, sekarang juga sudah ramai yang mula mengerjakan umrah bersama keluarga dan yang tersayang.

Namun, khabar berita tergempar apabila kota suci Madinah dilanda gempa bumi kecil berukuran 2.5 skala Richter menurut Persatuan Geologi Arab Saudi dua hari lepas.

BACA: Empat Pintu Akses Ke Dataran Kaabah Senangkan Jemaah

Sumber dari arabnews.com

Menurut persatuan itu, tiada kemusnahan infrastruktur dilaporkan dan pusat gempa itu direkodkan 14 kilometer di barat laut Madinah pada kedalaman sedalam tujuh kilometer.

Tetapi, Pihak Berkuasa Umum untuk Perlindungan Meteorologi dan Alam Sekitar menyatakan gempa tersebut sangat lemah serta tak berbahaya kerana gegaran kecil sering berlaku di negara tersebut, lapor Arab News.

Apa yang penting, kita di sini harus mendoakan agar jemaah di sana selamat dan sentiasa berada di bawah perlindunganNya.

ARTIKEL BERKAITAN:
7 Gambar Mekah, Madinah Yang Cukup Tenang Untuk Tatapan Anda
Senangkan Jemaah Malaysia, Portal GoUmrah Diperkenalkan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura