Geng Samseng Paling Bahaya Di NZ Kutuk Brenton Tarrant
Nampaknya pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang terlibat dalam tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch Jumaat lalu sehingga menyebabkan 50 jemaah terbunuh bakal berdepan kesulitan di penjara apabila diberi amaran oleh sekumpulan samseng paling bahaya di New Zealand.
Semalam, anggota kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley di Christchurch semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terbabit dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.
BACA: Masjid Berdarah, 49 Jemaah Solat Jumaat New Zealand Terbunuh
Kata seorang ahli kumpulan itu, tindakan Tarrant adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat. Jenayah yang dilakukan oleh lelaki itu sangat kejam dan tidak boleh diterima sama sekali. Katanya lagi, sudah ada mata yang memerhatikan lelaki di penjara.
“Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami tidak layak diperlakukan sedemikian.
“Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu dilakukannya. Kami ada rakan di dalam penjara.”
Dalam pada itu, Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada bantuan lain boleh mendekatinya dengan mudah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Sinar Harian