Gerai Tauke Gila Jual Teh Tarik 20 sen Sahaja
Sekarang ni harga barang semua mahal. Air kosong pun kena bayar 20 sen. Tapi percaya tak, dengan harga 20 sen, anda boleh minum teh tarik?
Jika anda ke Kedah, jangan lupa ginggah ke Gerai Pak Usop di Taman Pelangi di Jalan Kuala Kedah, sebab anda boleh merasai teh tarik semurah 20 sen.
BACA: Berniaga 20 Tahun, Teh O Panas Masih 20 Sen
Rata-rata pengunjung terkejut segelas teh tarik semurah itu kerana sepatutnya harga mencecah RM2 segelas.
Pemiliknya Ahmad Thalhaah Ahmad Sabri, pula dianggap “tauke gila” oleh rakan rapat dan pelanggannya disebabkan harga teh tarik yang terlalu murah.
“Sebenarnya harga istimewa ini adalah hadiah kepada pelanggan setia yang banyak menyokong perniagaan saya selama ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, jualan teh tariknya mencecah 300 gelas setiap hari sejak awal tahun lalu. Teh tarik istimewa itu disediakan tanpa gula atau perisa tambahan, dijual bermula 6 pagi hingga 9 pagi.
Katanya lagi, gerainya menjadi tumpuan ramai pada waktu tersebut khususnya di kalangan pekerja dan penduduk tempatan. Selepas waktu tersebut, harga akan kembali kepada RM1.
“Malah, pada setiap Rabu, kita membenarkan pelanggan membeli teh tarik pada harga (20 sen) ini untuk dibawa pulang dengan bekas sendiri,” katanya.
Memang bagus bila ada gerai yang buat harga murah macam ni. Semoga dimurahkan rezeki dan perniagaan akan terus maju.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Melantak Teruk Di Keuken No.8 | Bandung Part 02
- SUMBER
- The Malay Mail Online