Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut
Walaupun kedengaran agak pelik, namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita di England mahu mengahwini dengan selimutnya dalam satu majlis besar-besaran.
Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa mempunyai hubungan intim dan rapat dengan selimutnya itu. Wanita tersebut bernama Pascale Sellick, 49 tahun telah merancang sebuah majlis kahwin mewah untuk meraikan hari istimewa itu.
BACA: Wanita Ini Mahu Kahwin Dengan Lampu?
Pascale yang bekerja sebagai artis memberitahu disebabkan sikapnya yang kasar dia sukar untuk mendapat pasangan. Dalam pada itu, Pascale bercadang untuuk menjemput rakan-rakannya hadir pada hari perkahwinannya.
Katanya lagi, hubungan cintanya tidak pernah bertahan lama kecuali dengan selimutnya.
“Saya mencintai selimut saya kerana ia sentiasa berada di sisi untuk memberikan pelukan. Majlis perkahwinan kami akan diadakan secara besar-besaran dengan muzik, persembahan an hiburan,” katanya.
Pada hari perkahwinannya itu nanti, Pascale bercadang untuk memakai baju tidur khas dan selipar. Bagaimanapun, dia merahsikan pakaian ‘suaminya’ pada hari penuh bermakna itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu
- SUMBER
- CariForum