Giliran Azmin ‘Ajar’ Orang Putih Cara Masak Rendang
Baru-baru ini, seorang peserta Malaysia yang menyertai program pertandingan memasak MastercChef UK tersingkir selepas juri mempertikai rendang ayam yang dimasak tidak ‘rangup’.
Berikutan itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak melepaskan peluang untuk ‘mengajar’ orang putih cara masak rendang.
BACA: Rendang Ayam Tak Rangup, Tersingkir MasterChef UK
Menerusi akaun Facebooknya, Azmin berkata rakyat Malaysia berbangga dengan masakan tradisi kita dan tahu bagaimana untuk menghidangkan randang sebenar.
Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang. Meh sini Chef Min ajar masak rendang. Oh ya, ayam rendang…
Posted by Azmin Ali on 3hb April 2018
Azmin turut menggunakan perkataan ‘crispy’ seolah-olah memerli juri Gregg Wallace dan John Torode yang mengkritik masakan tradisional itu kerana “tidak rangup”.
“Orang putih ada hati ajar orang Malaysia cara masak rendang. Meh sini Chef Min ajar masak rendang. Oh ya, ayam rendang tak ‘crispy’ ya?” katanya.
Sementara itu, Azmin turut memuat naik gambar dan menunjukkan bakatnya memasak rendang ayam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!
- SUMBER
- The Malay Mail Online