Giliran KFC Singapura Pula Perkenal Menu Kulit Ayam Goreng
Kalau makan ayam goreng, bahagian paling sedap sudah tentulah kulit ayam. Lagi-lagi kalau dapat kulit ayam yang rangup, memang syok makan.
Pada Mei lalu, KFC Indonesia memperkenalkan menu baru iaitu KFC Chicken Skin dan sambutannya sangat luar biasa. Nampaknya kali ini giliran KFC Singapura pula menjual hidangan tersebut.
BACA: KFC Sedang Uji Menu Donat Bergula Bersama Ayam Goreng
Difahamkan, menu istimewa itu boleh didapati muali hari ini, 11 November 2019 dan dijual dengan harga $3.50 (RM10.64). Sesiapa yang teringin nak cuba menu terbaru dari KFC itu bolehlah ke Singapura.
Sebelum ini, pengenalan menu baru itu ternyata membuatkan ramai orang Malaysia cemburu dan tertanya-tanya adakah menu tersebut akan masuk ke Malaysia.
Pertanyaan netizen mengenai perkara tersebut mendapat respon daripada pihak KFC Malaysia. Menjawab pertanyaan netizen, KFC Malaysia membalas, “Hi, thank you for your suggestion. Do share it with us at https://kfc.com.my/support for us to look into it.”
Hi @IniAlannn, thank you for your suggestion. Do share it with us at https://t.co/OcTNqfcNAQ for us to look into it.
— KFCmalaysia (@KFCmalaysia) May 13, 2019
Tunggu apa lagi, mana tahu jika banyak permintaan kulit ayam rangup ini di laman sokongan KFC Malaysia menu tersebut akan dijual di sini pula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram