Google, Facebook Bakal Buka Cawangan Di Kulim Kedah
Umum mengetahui Google dan Facebook sudah pun membuka cawangan mereka di Malaysia. Namun, berita ini mungkin mengejutkan ramai apabila mereka bakal membuat cawangan baru di Kulim, Kedah dan bukan di sekitar Lembah Klang.
Bagi menjayakan pembangunan Kedah Digital yang diusahakan kerajaan negeri, beberapa jenama besar di Kulim Hi-Tech dan telah mengajak syarikat Google dan Facebook untuk membuka cawangan mereka di sana.
BACA: Ganjaran RM400,000 Jika Anda Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar
Namun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Firdaus Ahmad, perancangan pembukaan pejabat baru itu masih lagi diperingkat perbincangan dan penelitian.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Kedah pernah membuka tawaran yang sama kepada syarikat Google untuk membuka cawangan di negeri tersebut.
Dalam pada itu, sebanyak 40 menara kini dalam pembinaan di kawasan pedalaman bagi memastikan setiap kawasan di negeri itu dapat menikmati jalur lebar.
Apa pun, pembukaan cawangan syarikat besar itu sememangnya berita baik buat rakyat negeri tersebut dimana akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Harian Metro