Guna Lampu HID Boleh Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,000
Pasti ramai pemandu terganggu dengan penggunaan lampu HID kerana kecerahan lampu tersebut menyilaukan pandangan. Mana tidaknya, lampu HID dua hingga tiga kali lebih cerah berbanding lampu yang sedia ada pada kereta.
Akhirnya aduan daripada pengguna jalan raya mengenai perkara tersebut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengharamkan penggunaan lampu HID yang tidak mematuhi spesifikasi.
BACA: Basuh Baju Tengah Malam, Makan Dalam Kereta Punca Kes Cerai
Sememangnya lampu HD memberikan pandangan lebih baik buat pemandu dan lebih jelas di jalan raya, tetapi ia memberi masalah kepada pengguna jalan raya lain dari arah bertentangan serta berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Jika kenderaan yang menggunakan lampu HID datang dari arah belakang, ia menyukarkan pemandu di hadapan yang tidak dapat memandang cermin pandang belakang.
Berikutan itu, Menteri Pengangkutan kini mengharamkan penggunakan lampu HID pada semua jenis kenderaan tanpa sebarang pengecualian. Jelas Anthony Loke mereka yang didapati bersalah melanggar undang-undang tersebut akan didenda sehingga RM2,000 atau boleh dipenjara selama 6 bulan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- World of buzz