Guna Pengecas RM5, Nyawa Hampir Melayang
Jika anda suka mengecas telefon pintar ketika tidur, pasti anda akan hentikan tabiat tersebut selepas membaca kisah seorang pelajar ini.
Nyawa seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris nyaris melayang apabila bilik sewanya di Setapak, Kuala Lumpur.
BACA: Lagi Pusat Tahfiz Terbakar
Menurut Syuhairah Mohd Yusof, insiden tersebut dipercayai berlaku kerana dia menggunakan pengecas telefon bimbit murah berharga RM5.
“Saya terjaga kerana mengalami sesak nafas dan terkejut melihat api terlalu dekat dengan tilam tempat saya tidur. Saya panik kerana mungkin mati akibat lemas dalam kepulan asap yang sangat tebal,” katanya kepada mStar Online.
Gadis itu bertindak pantas memadamkan api menggunakan kain basah bagi menghalang api merebak lebih teruk. Api dipercayai berpunca dari sambungan plug soket dan merebak ke sebahagian tilam yang terletak bersebelahannya.
Syuhairah juga hairan apabila mendapati telefon bimbitnya tidak mengalami sebarang kerosakan dalam insiden tersebut.
Tambahnya lagi, dia berharap kisahnya menjadi pengajaran buat mereka di luar sana agar tidak mengeas telefon ketika tidur.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dibuka Semula Bulan Depan
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan
Lebih 20 Pelajar Tahfiz Terkorban
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tergeliat Lidah Nak Sebut
- SUMBER
- mStar