Habis Satu Dunia Kena Tipu
Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan artis kesayangan hingga sanggup mengubah wajah dan seluruh badan seperti mereka.
Kisah baru-baru ini mengenai seorang remaja perempuan sanggup mengubah wajah persis Angelina Jolie hanyalah khabar angin saja.
BACA: Tipu Kata Suami Dah Mati
Sahar Tabar, 19 tahun, berasal dari Tehran, Iran, mengatakan dia tidak membuat 50 pembedahan plastik seperti yang diperkatakan, tetapi hanya menggunakan teknik Photoshop.
“Gambar yang dimuat naik di Instagram milik saya sebenarnya telah disunting menggunakan kaedah ‘photoshop’,” jelasnya.
Baginya, menghasilkan gambar seperti itu memberi kepuasan dan ia menjadi salah satu hiburan untuk dirinya.
Hiburan ‘pelik’ itu ternyata menarik perhatian seluruh dunia apabila gambar dia tular di kebanyakan negara kerana dia mengubah wajahnya menyerupai Angelina Jolie tapi versi jelik.
Berikutan itu, jumlah pengikut di akaun laman sosial Instagram miliknya bertambah hingga mencecah 300,000 pengikut setakat ini.
Walaupun dia mengatakan gambar diubah menggunakan teknik Photoshop, tetapi ia kelihatan seperti rupa Tabar yang sebenar selepas menjalani pembedahan. Real sungguh!
ARTIKEL BERKAITAN:
Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?
Kek Soto Tiga Tingkat Ganti Kek Kahwin
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?
- SUMBER
- SINAR HARIAN